Auto Travel

Perlis sedia suasana selamat bagi pelancong – Pemangku Raja Perlis

KANGAR 23 Ogos – Berasa selamat merupakan antara faktor utama bagi seseorang pelancong itu memilih destinasi untuk bercuti.

Oleh itu Perlis hendaklah memastikan negeri ini sentiasa selamat seperti sekarang terutamanya bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil.

Sehingga hari ini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perlis telah berjaya meningkatkan rondaan dan pemantauan terutamanya pada waktu cuti sekolah atau cuti umum di kawasan-kawasan tumpuan utama pelancongan bagi membanteras sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Antara jenayah yang perlu dihindari atau dibendung dari awal melibatkan pelancong dan boleh berlaku di mana-mana lokasi popular di dunia adalah seperti penyeluk atau pencopet saku, mencuri beg, ‘ulat tiket’ di kawasan letak kenderaan atau pengangkutan awam, peniaga yang memaksa atau memeras ugut pelanggan , menjual barangan curi atau palsu dan juga pelbagai bentuk aktiviti gengsterisme.

Langkah-langkah ini wajar diambil dan dipandang secara serius bagi memastikan para pelancong akan mengunjungi semula destinasi tersebut.

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian menurut kenyataan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas melancarkan Promosi Masakan Perlis bagi memperomosikan kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) yang berlangsung pada tahun 2024 dan 2025 sempena Safar Ilmi MAIPs 2024 di Restores Cilantro Maitama yang beroperasi di Bandaraya Abuja, ibunegara Nigeria baru-baru ini.

‘Kurma Daging Perlis’ telah disediakan oleh Ruzsyide Rosli yang merupakan suami kepada Setiausaha Ketiga di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja, Sharifah Hazwani Balqis Syed Mohd Zawawi.

Berangkat sama ialah anakanda Baginda yang juga waris yang kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Turut mengiring ialah Datuk Arif Perkasa Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Nigeria, Aiyub Omar, Kaunselor, Sharmini Devi Gopal dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada masa yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra
menyeru agar pemain-pemain industri, individu atau sebarang organisasi yang terlibat dengan sektor pelancongan supaya memastikan destinasi dan fasiliti masing-masing berada dalam keadaan yang selamat buat para pelanggan.

Pihak berkuasa tempatan juga harus terus meningkatkan pemeriksaan berkala dengan efisien bagi memantau kemudahan-kemudahan ini sentiasa dikawal selia dengan rapi serta memastikan kemudahan-kemudahan pelancongan ini berada dalam tahap yang selanat dan terbaik .

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button