Ekonomi

Perlis perlu terus perhebat agenda perkasa ekonomi negeri – Pemangku Raja Perlis

KUALA PERLIS 9 Sept. – Negeri Perlis perlu terus memperhebat agenda memperkasakan ekonomi negeri itu, menjelang tahun 2030.

Pelbagai inisiatif perlu diusahakan oleh pelbagai agensi dan pihak koporat untuk merancakkan lagi sektor ekonomi seperti menambah pelaburan, mempertingkat hasil pertanian, mempromosi filem produk tempatan, memperluaskan rangkaian pemasaran, serta menjalankan kajian dan pembangunan.

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyempurnakan Program Hijrah Minda MAIPs yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5, Jalan Kuala Perlis baru-baru ini.

Tuanku Pemangku Raja merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs yang diiringi sama oleh anakanda putera, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail turut berkenan untuk menyerahkan sumbangan MAIPs kepada 20 orang asnaf yang terpilih dari kalangan anak kariah Kg Behor Masjid.

Setiap asnaf menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700 bagi menampung keperluan dan perbelanjaan harian mereka.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button