Auto Travel

Perlis destinasi persinggahan kereta api mewah E&O Express

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan lawatan dan menaiki perkhidmatan kereta api mewah ‘Essesntial Malaysia Journey’ iaitu Eastern & Oriental Express di Stesen Keretapi Bukit Ketri.

Keberangkatan tiba baginda diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Pengurus Besar Eastern & Oriental Express, Valentin Waldman, Duta Pengalaman Tetamu, Raja Nurul Badizza Raja Badrulzaman dan wakil Roots & Shoots Malaysia, Peter Ong.

Turut berangkat sama adalah anakanda puteri Baginda berdua iaitu Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Mengiringi sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Rahimi Ismail.

Sesi lawatan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan satu kerjasama dalam bidang pelancongan ke arah mempromosikan Perlis sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menawarkan alam semula jadi dan budaya yang unik selaras dengan Kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 yang sedang rancak berjalan sehingga penghujung tahun 2025.

Duli-Duli Tuanku turut dipersembahkan dan merasai pengalaman setiap segmen yang disediakan oleh keretapi api mewah ini khas buat para pelancong.

Para tetamu kereta api mewah ini mempunyai pilihan untuk membawa pulang pengalaman autentik seperti melukis batik di Batik Inderawasih. Tetamu akan mempelajari sendiri proses melukis dan mewarna batik dan mendapat informasi secara langsung dengan pembuat batik professional di Kampung Ngulang itu.

Tetamu juga akan merasai pengalaman memasak dan menyediakan hidangan tempatan seperti Roti Jala dan Roti Kaya di Rumah Kupi di Mata Ayer, sebuah kafe kampung dan menyelami tentang keunikan masakan Malaysia.

Para tetamu juga boleh membuat pilihan lain iaitu untuk menikmati keindahan alam semula jadi Banjaran Nakawan dengan berbasikal di sekitar Wang Kelian untuk mencari ikon Beruk Kentoi yang hanya terdapat di Perlis. Mereka juga akan mengadakan lawatan ke Gua Kelam dan seterusnya menikmati makanan tempatan di Pekan Kaki Bukit.

Pengalaman-pengalaman istimewa ini pastinya menjadi ‘buah tangan’ para pelancong untuk kembali ke tempat asal masing-masing untuk dijadikan kenangan dan dikongsi kepada sahabat handai.

Di akhir kunjungan Baginda bergerak dengan keretapi mewah tersebut dari Stesyen Bukit Keteri ke Stesyen Keretapi DiRaja Arau.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button