AnalisisPolitik

Perlantikan TPM dalam Kabinet Kerajaan Keluarga Malaysia – Apa isu utama

ADALAH amat menarik membaca berita berkenaan dengan Kepimpinan Tertinggi Parti PPBM akan meminta satu pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk isu perlantikkan Timbalan Perdana Menteri yang khabarnya telah dijanjikan kepada PBBM.

Perlu diperhalusi Isu Perlantikkan TPM ini.

Apa Isu Utamanya ?

(i).  Jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak terkandung didalam Perlembagaan Negara.

Jawatan TPM hanyalah satu Convention ataupun satu kelaziman yang dilakukan oleh mana-mana Kerajaan yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen.

(ii).  Seorang TPM, pada kelazimannya, akan mempengerusikan Mesyuarat Kabinet mingguan ketika ketiadaan PM. Itupun dengan persetujuan dan kebenaran PM.

(iii).  Seorang TPM juga pada kelazimannya akan mewakili PM, dimana-mana acara utama negara sekiranya PM berada diluar negara menjalankan tugas rasmi atau cuti sakit dan sebagainya.

(iv).  Seorang TPM tidak akan mendapat sebarang Elaun Tambahan ketika menjawat jawatan tersebut. TPM hanya akan mendapat gaji tetap dan elaun yang sama seperti Menteri Kabinet yang lain.

(v).  Seorang TPM berkemungkinan besar hanya akan diberi sedikit peruntukan Pembangunan dari ICU, JPM. Ini pun hanya dengan persetujuan dari Perdana Menteri.

(vi).  Sekiranya atas sebab-sebab tertentu, PM tidak lagi boleh meneruskan tugas serta tanggung-jawab beliau sebagai Perdana Menteri,  seorang TPM tidak secara automatik akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Sebagai contoh peralihan kuasa antara DS Ismail Sabri dengan TS Muhyiddin Yassin pada bulan Ogos yang lalu.

Walaupun DS Ismail Sabri seorang TPM ketika itu, beliau tidak secara automatik ambil alih dari TS Muhyiddin.

DS Ismail Sabri perlu melalui proses membuktikan kepada YDP Agong bahawa dia mempunyai sokongan daripada 114 Ahli-Ahli Parlimen ketika itu, iaitu satu majoriti yang cukup untuk membentuk Kerajaan yang baru.

  1. Adalah amat penting untuk diperjelaskan beberapa perkara lain berkenaan dengan Isu Jawatan Timbalan Perdana Menteri ini iaitu ;

(i).  Jawatan TPM dimansuhkan ketika Kerajaan Perikatan Nasional dibentuk dan digantikan dengan perlantikan 4 orang Menteri Kanan iaitu ;

 

Seorang dari Parti UMNO (DS Ismail Sabri),

Seorang dari PBBM (DS Radzi Jidin),

Seorang dari bekas Parti PKR (DS Azmin Ali), yang kemudiannya masuk PBBM,

Dan seorang dari GPS Sarawak (DS Fadzillah).

(ii).  Ini bermakna ada 2 Menteri Kanan dari Parti PBBM.

(iii).  Untuk makluman, sepanjang 17 bulan pemerintahan Kerajaan PN, TS Muhyiddin Yassin sebagai PM, tidak pernah sekali pun mana-mana Menteri Kanan mempengerusikan Mesyuarat Kabinet.

Begitu juga ketika dalam 11 bulan, DS Ismail Sabri jadi Perdana Menteri, tidak pernah mana-mana Menteri Kanan mempengerusikan Mesyuarat Kabinet.

Sekiranya PM berada di luar negara, Mesyuarat Kabinet ditiadakan.

(iv).  Bermakna, perlantikkan Menteri-Menteri Kanan ini sebenarnya tiada sebarang fungsi yang khusus, hanya untuk sebagai Status.

(v).  Menteri Kanan diberikan Polis Out-Rider dan Body Guard ataupun Pengawal Keselamatan yang lebih daripada Menteri Kabinet yang lain, yang hanya diperuntukkan seorang pengawal keselamatan sahaja.

  1. Secara keseluruhannya, walaupun ramai yang berpendapat bahawa tiada keperluan untuk melantik seorang Timbalan Perdana Menteri sekarang kerana jangka hayat Dewan Rakyat hanya berbaki 12 bulan sahaja tetapi perlantikan seorang Timbalan Perdana Menteri sekarang, tidak akan melibatkan sebarang implikasi kewangan yang besar kepada Negara.

PERSOALANNYA

  1. Hanya ada beberapa persoalan, pertama sanggupkah Parti BERSATU apabila dilantik seorang TPM dari kalangan pemimpin mereka, dua-dua jawatan Menteri Kanan dari PBBM dihapuskan.
  2. Kedua, ada 3 Nama yang kelihatan sesuai untuk menjawat jawatan TPM iaitu ;

Dato’ Seri Faizal Azumu @ Peja, Timbalan Presiden PBBM, Menteri Belia dan Sukan,

Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agong PBBM, Menteri Dalam Negeri, dan

Datuk Seri Azmin Ali, PBBM, Menteri MITI.

  1. Adakah PBBM bersedia sekiranya seorang terpilih jadi TPM, 2 lagi tidak terpilih.
  2. Kita wajar memberi keselesaan dan kebebasan kepada Perdana Menteri untuk membuat sesuatu keputusan.

Tanpa ada sebarang tekanan daripada parti-parti politik dari Gabungan Kerajaan Campuran ini.

Adalah tidak manis dan tidak elok di mata Rakyat sekiranya Perdana Menteri kelihatan diberi tekanan untuk membuat sesuatu keputusan.

Kita harus merasa yakin bahawa Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri adalah seorang yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

  1. Maka dalam isu ini, jelas kelihatan, Perdana Menteri mempunyai PENDIRIAN YANG TERBUKA mengenai perlantikan seorang Timbalan Perdana Menteri.

Tetapi samada PM perlu Menerima atau Tidak Cadangan Ini adalah adalah satu persoalan yang lain.

Kerana TIME HAS OVERTAKEN BY EVENTS.

BERMAKSUD :

” Masa telah ditimpa oleh peristiwa. ”

  1. Isu Perlantikkan Timbalan Perdana Menteri ini, telah berlalu dan telah ditimpa dengan peristiwa.

Maka sudah tiada keperluan untuk melantik seorang Timbalan Perdana Menteri sekarang, kerana negara sudah berada di Ambang Pilihan Raya Umum Ke-15. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button