Hiburan

Perkawinan Fazley Yaakob dan isteri berakhir lepas 18 tahun

PENYANYI dan cef selebriti, Dato Fazley Yaakob, mengesahkan bahawa rumah tangganya bersama isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz, telah berakhir selepas 18 tahun ikatan perkahwinan.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Fazley atau nama penuhnya Ahmad Fadzli bin Yaakob menyatakan bahawa keputusan tersebut dicapai secara bersama dan atas persetujuan kedua-dua pihak. “Dengan pengumuman ini, diharapkan tiada lagi kekeliruan mengenai status hubungan kami,” tambahnya.

Fazley turut menegaskan bahawa hubungan beliau dengan bekas isteri masih dalam keadaan baik, dan mereka berdua akan terus menjaga keempat-empat anak mereka secara bersama.

Menurut Fazley, beliau telah memfailkan perceraian beberapa bulan yang lalu, dan tempoh idah bagi bekas isterinya juga telah tamat beberapa minggu lepas.

Hasil daripada perkahwinan mereka selama 18 tahun, pasangan ini dikurniakan empat orang anak, iaitu tiga anak lelaki, Ahmad Fariedz Shah (15), Ahmad Fieradz Shah (14), Ahmad Fierudz Shah (13), dan seorang anak perempuan, Alayna Selma (7).

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button