Politik

Perincian apa itu gencatan politik

RAMAI yang tidak faham apa itu gencatan politik. Politik mana boleh berhenti.
Istilah ini bukan pertama kali digunakan, sebelum ini juga pernah dihebohkan, tetapi tiada yang mematuhinya.
Semua aspek kehidupan ada politiknya. Di pejabat ada politik, begitu juga di dalam rumah tangga semuanya tidak bebas daripada politik.
Apatah lagi orang politik, mereka hanya akan berhenti berpolitik apabila nyawa terpisah dari jasad.
Penjelasan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan mungkin memberi kefahaman sedikit apakah erti gencatan politik.
Menurut beliau ia bermaksud meminimumkan mainan politik kepartian yang tidak disukai rakyat, sebaliknya menumpu kepada agendai rakyat khususnya menangani cabaran ekonomi dan kesihatan.
Selain itu UMNO juga mendukung kerajaan hari ini. Bermaksud tidak timbul lagi sebarang khabar memaksa pilihan raya umum untuk diadakan awal dengan keadaan penularan Covid-19 dan kesan ekonomi.
Berhubung soal perkukuh kerjasama antara parti demi kestablian. Di sini perlu keikhlasan dan biarlah sebarang rundingan dilaksanakan oleh mereka yang diberi amanah, di belakang tabir.
Perkara yang ketiga inilah yang paling digemari oleh orang politik, siang malam mereka tidak berhenti bergerak. Ada saja pertemuan dan rundingan.
Rasanya perkara ini agak sukar dipatuhi sepenuhnya, terutama rundingan di belakang tabir.
Bagaimanapun kita doakan politik negara ini tenteram seketika dan perebutan kuasa menjelakkan rakyat dihentikan. Sebaliknya ditumpu kepada pemulihan ekonomi dan melawan Covid-19.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button