Hiburan

Terpalit isu jual diri dan Macau Scam, Chacha Maembong buat laporan polis

SEJAK isu Macau Scam dan jual diri menjadi tumpuan orang ramai, pelakon, Chacha Maembong antara nama selebriti dikaitkan dengan dua kegiatan tidak bermaruah itu.

Tidak tahan dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya, pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu membuat satu laporan polis.

Menurut Chacha, tindakan membuat laporan polis itu juga dilakukan di atas nasihat peguamnya.

Tujuan laporan ini adalah untuk menghentikan dan menafikan segala fitnah yang berleluasa tentang diri saya berkenaan isu Macau Scam dan juga tuduhan aktiviti pelacuran.

“Saya juga akan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis jika dipanggil untuk memberikan kerjasama,” katanya.

Menurut Chacha, dia juga akan mengambil tindakan kepada individu yang telah memfitnah dan menyebarkan tuduhan tersebut kepada dirinya.

Jelasnya, tindakan susulan daripada pihak guaman akan dijalankan.

Tambahnya, dia juga tidak akan membuat sebarang kenyataan lain sehingga siasatan pihak berkuasa selesai.

Sementara itu, rata-rata komen di laman sosial Instagram Chacha memberi sokongan terhadap wanita itu untuk terus mengambil tindakan kepada mereka yang cuba menabur fitnah. -SM

(Visited 732 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button