Nasional

Perbincangan dua jam bersama Hadi, kukuhkan PN – Muhyiddin

Perikatan Nasional (PN) telah mengadakan perbincangan santai bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bagi mencari jalan terbaik memperkukuhkan PN.

Menerusi perkongsian gambar di Facebooknya, Muhyiddin memberitahu perbincangan selama dua jam membuahkan banyak hasil.

“Alhamdulillah. Perbincangan selama dua jam malam tadi yang amat bermakna.”

“Banyak perkara dipersetujui untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional dalam menghadapi PRU-15” katanya.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Belia dan Sukan yang juga Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Kanan Pendidikan yang juga Naib Presiden Bersatu, dan Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin.

Related Articles

Muhyiddin berkata ada membaca laporan dakwaan membabitkan pertemuan Presiden Pas dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan perlu mengetahui kedudukan sebenar.

“Saya ada membaca berita (laporan akhbar mengenai dakwaan Abdul Hadi bertemu Ahmad Zahid) dan saya juga berminat untuk mengetahui perkara yang sebenarnya.

“Jadi, saya akan dapatkan pengesahan Abdul Hadi dalam pertemuan yang telah ditetapkan Isnin atau Selasa ini,” katanya pada Sabtu lalu.

Terdahulu, media mendakwa Hadi dan Zahid mengadakan pertemuan untuk menghidupkan semula MN bagi mengelakkan pertembungan dua parti itu pada PRU-15.

Pertemuan tersebut berlangsung Sabtu lalu dan keputusan perbincangan itu bakal dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi (MKT) UMNO 30 September ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin akan cuba dapatkan penjelasan dari Pas. Disamping itu, beliau ingin membincangkan beberapa perkara penting lain sebagai persediaan menghadapi PRU-15.

Pemimpin-pemimpin utama akan terus memperkuatkan gabungan itu menjelang pilihan raya umum akan datang walaupun dilemparkan dengan pelbagai spekulasi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button