Sukan

Perak juara hoki lima sebelah kebangsaan

Perak muncul juara edisi ketiga Kejohanan Hoki  LIma Sebelah (5s) Kebangsaan kategori lelaki selepas menundukkan juara bertahan Pahang 4-1.
Dalam aksi di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu, anak buah Muhammad Husaini Mohd Husin terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi Mohamad Ashran Hamsani pada minit ketiga untuk mengejutkan Pahang.
Perak dengan status pendatang baharu meneruskan usaha meningkatkan jaringan apabila menyumbat tiga lagi gol menerusi Azmilmuizzuddin Misron (12′), Mohamad Ashran (13′) dan Muhammad Fahmi Khalid (14′).
Pahang pula terpaksa ‘gigit jari’ dengan gol sagu hati menerusi Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini berbaki lima minit sebelum permainan tamat.
Selaku juara, Perak membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, pingat dan piala, manakala Pahang menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan pingat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button