Politik

Penyatuan UMNO, Pas tidak timbul soal Bersatu

KENYATAAN Pas memberi kata dua kepada UMNO supaya menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Muafakat Nasional (MN) adalah tidak benar.

Sebaliknya, keputusan konsensus sebelum ini dicapai antara kedua-dua parti itu untuk menubuhkan MN secara rasmi.

Walaupun UMNO enggan menjadi rakan sekutu kepada Bersatu serta isu berkenaan tidak timbul dan keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Induk Perundangan MN Rabu lepas.

Oleh demikian, kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa bahawa UMNO diberi kata dua oleh Pas adalah tidak tepat.

“Tidak tepat apa yang didakwa dan dilaporkan Malaysiakini.

“Kerana keputusan Jawatankuasa Induk Perundingan MN Rabu lepas bersetuju untuk mendaftarkan MN antara UMNO dan PAS sebagai dua parti teras mewakili Bumiputera-Melayu-Islam.

“Tidak timbul langsung soal Pas beri kata dua tidak mahu kerjasama dengan UMNO tanpa PPBM (Bersatu).”

Demikian kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki malam tadi menafikan laporan yang dibuat Malaysiakini dengan mengatakan ia sebagai tidak tepat.

Sebelum itu, portal berita itu melaporkan kenyataan Annuar dalam temubual bersama Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan kelmarin.

Dalam temubual tersebut Annuar dilapor menafikan gabungan tersebut hanya melibatkan dua parti dan Pas mahu UMNO berbaik dengan Bersatu.

Tambahnya, kerjasama itu adalah bagi memastikan usaha untuk menolak PKR terutama Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

“Dalam kajian kita, UMNO dan Pas ada kekuatan sendiri dan memang boleh menang (dalam PRU akan datang).

“Tapi tanya Pas, adakah Pas boleh menerima idea hanya UMNO dan Pas dan tinggalkan Bersatu?

“Pilihan ini tidak wujud… Pas berpegang pada dasar UMNO, Pas dan Bersatu hendaklah bersama,” katanya.

Namun, kenyataan itu bertentangan dengan penjelasan Asyraf Wajdi apabila menegaskan Pas sudahpun menyatakan pendiriannya bersama UMNO dalam mesyuarat MN pada hari tersebut. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button