Hiburanpilihan

Penyanyi popular era 70an, Hail Amir meninggal dunia

PENYANYI yang popular di tahun-tahun 1970-an dan awal 1980-an Datuk Hail Amir meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira pukul 3:48 petang tadi.

Allahyarham berusia 76 tahun.

Berita mengenai pemergian beliau yang nama sebenarnya, Abdul Hail Amir disahkan oleh anaknya, Cinta Hailfi.

“Papa meninggal jam 3.48 petang tadi. Papa meninggal sebab jangkitan paru-paru, tapi Papa memang sakit jantung dan itu melemahkan dia,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, penyanyi itu dimasukkan ke HKL selepas mengalami masalah batuk berterusan, sejak kelmarin.

Rakan baiknya yang juga pelakon Farouk Hussain berkesempatan menziarah penyanyi lagu Wajah Kesayangan Hamba itu, kelmarin. –SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button