Hiburan

Penyanyi nasyid kantoi tanam 17 pokok ganja di rumah

PETALING JAYA: Seorang komposer tempatan terkenal ditahan semalam selepas 214g ganja dan 17 pokok ganja ditemui di rumahnya.

Dia kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, yang membawa hukuman mati mandatori dan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 47 tahun itu juga disiasat mengikut Seksyen 6B, di mana, jika didapati bersalah, dia boleh berdepan hukuman penjara seumur hidup.

“Ujian awal menunjukkan suspek positif dadah. Siasatan awal kami menunjukkan dia telah mengambil ganja selama 10 tahun dan mengusahakan tanaman itu sejak dua bulan lalu,” kata Fakhrudin dalam sidang media.

Suspek dikatakan pernah menganggotai kumpulan nasheed terkenal sebelum menjadi komposer.

Menurut Fakhrudin, suspek sedang khayal dengan dadah ketika ditahan di unit kondominiumnya di Kota Damansara.

Beliau berkata polis telah memantau kegiatan dadah suspek selama sebulan.

Suspek kini direman tujuh hari sehingga 31 Mac ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button