Hiburan

Penyanyi Datuk Aishah ‘berdarah manis’

Malam ini AISHAH & MPO- A Symphonic Rendezvous

DATUK Wan Aishah Wan Ariffin berdarah manis. Pelbagai dugaan dihadapi beliau sebelum menjelangnya malam ini. Ya, bertempat di Dewan Filharmoni, KLCC, Aishah akan mengadakan persembahan, Aishah & MPO-A Symphonic Rendezvous.

Persembahan pinpinan Konduktur Muzik, Ahmad Muriz Che Rose` akan bermula pada pukul 8.30 malam ini dan pastinya sebelum tiba hari bertuah, hari ini, Aishah membuat persiapan termasuk latihan.

GAMBAR tangkap layar dari video Facebook Aishah ketika membuat latihan persediaan persembahan malam ini.

Kata Aishah, menyanyi dengan diiringi pemuzik orkestra bukan mudah. Ia sesuatu yang amat berlainan berbanding dengan mengadakan persembahan dengan diiringi barisan pemuzik atau live band.

Di saat-saat akhir mengadakan latihan dan persediaan untuk persembahan malam, sesuatu berlaku ke atas diri penyanyi kesayangan ramai.

Umpama gadis dalam bertunang, Aishah rupa-rupanya berdarah manis. Masakan tidak… Beliau terjatuh di satu selekoh berdekatan dengan hotel penginapan.

Related Articles

“Entahlah. Berdarah manis agaknya ya. Adoi,” kata Aishah.

Walaupun ini cerita peribadi di antara penulis dengan Aishah, tapi untuk perkongsian dengan pembaca SUARA MERDEKA, apa salahnya.

Lucu ada, kasihan pun ada apabila mengenangkan semula, kejadian yang berlaku ke atas Aishah kelmarin.

Ceritanya begini… Aishah entah macam mana, sesat barat nak cari jalan balik ke hotel selepas mengadakan latihan di Dewan MPO.

“Sibuk tengok atas, mendongak, mencari di manakah hotel penginapan, sekali tu kaki tersadung kat pavement.

“Rupa-rupanya pavement tu ada slope. Apa lagi, melayanglah barang-barang groceries yang dijinjing di tangan,” kata Aishah dalam nada lucu.

Pada malam kejadian itu, kata Aishah, beliau beli makanan untuk makan malam dan ditangannya juga penuh dengan hadiah yang diberi oleh peminat.

Kiranya tangan kiri dan kanan Aishah, sarat dengan barang-barang.

Apa jadi selepas tersadong kaki dan habis melayang barang-barang di tangan?

Kata Aishah, “Apo lagi. Jatuh tersungkur la. Waktu dalam hati kata, nasib baik pakai face mask, orang tak kenal.”

Kata Aishah, semasa beliau tersungkur, beliau nampak beberapa orang berlari menuju ke arahnya untuk menghulurkan bantuan.

Lucunya dalam hati Aishah berkata-kata, “Eh! Dia orang ni nak amik makanan malam aku ke.

“Sedangkan sepatutnya saya perlu tengok sama ada kaki terseliuh atau ada luka di mana-mana. Maklumlah, jatuh tersungkur atau kata orang, tersembam, macam tangkap katak.”

Alhamdulillah, Aishah okay. Kakinya tidak terseliuh, hanya lutut kanannya sahaja yang tercalar.

“Lain-lain, I’m ok,” kata Aishah sambil ketawa.

GAMBAR dari Facebook Aishah.

Malam ini, konsert Aishah dijangka berlangsung selama tiga jam dan pastinya lagu wajib berjudul Janji Manismu didendangkan.

“Nak kena baling dengan batu oleh peminat kalau tak nyanyi lagu Janji Manismu? Mesti ada mala mini,” kata Aishah yang berdikari selepas tiada pengurus untuk menemaninya kecuali dua orang anak lelaki bujangnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button