Nasional

Penumpang terkandas tren LRT laluan Kelana Jaya alami masalah teknikal

RAMAI penumpang yang menaiki tren transit aliran ringan (LRT) terkandas di Laluan Kelana Jaya ekoran tren berkenaan mengalami masalah teknikal.

Setibanya tren tersebut di Stesen Universiti, tren mengalami masalah dan tidak dapat meneruskan perjalanan.

Dalam kenyataan di Facebook pada pagi tadi, Rapid KL memaklumkan, laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Pada 10.05 pagi ini, tren di Stesen Universiti menuju ke Putra Heights itu mengalami masalah dan dalam proses baik pulih.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Sila ikuti perkembangan selanjutnya,” kata Rapid KL.

Tren yang terjejas itu berhenti tidak terlalu jauh dari Stesen Universiti dengan penumpang terpaksa berjalan kaki menuju ke platform.

Para penumpang tren di Stesen Universiti menuju ke Putra Heights diminta mengambil laluan alternatif ke destinasi mereka.

Usaha pihak Rapid KL mula menggunakan platform lain untuk menempatkan penumpang yang menuju ke Putra Heights. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button