Penulis surat layang kes Zulfarhan akhirnya muncul
SELEPAS kes Zulfarhan dijatuhkan hukuman terhadap 6 penuntut UPNM, warganet mula menyebarkan surat layang yang ditulis oleh Aiman Aufa (@aufa_aimann) • Instagram photos and videos di media sosial.
Nama dan gambarnya terus menjadi perbualan hangat warganet tentang kebaikannya dalam usaha untuk menyelamatkan arwah.
Akhirnya penulis ini muncul dan bersuara mengenai surat layang sebagai usaha menyelamatkan nyawa Zulfarhan Osman Zulkarnain yang di dera oleh rakan-rakannya pada tujuh tahun lalu kerana dituduh mencuri laptop.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Aiman Aufa di Insta-Storynya, dia berkata ini merupakan kali pertama selepas kejadian melihat semula surat layang yang ditulis olehnya.
‘’Setelah hampir 8 tahun, ni first time saya tengok semula surat ni. Lepas saya letak tu, tak pernah tengok dah sampai sekarang. Ni tak tahu la macam mana boleh sampai ke public. Apa apa pun, Al-fatihah buat keluarga arwah.
‘’Kita manusia hanya mampu berikhtiar dan berusaha, Allah penentu segalanya Al-fatihah.’’ Luahnya.
Ramai yang kagum akan keberanian Aiman Aufa kerana berani tulis surat layang kepada pihak atasan Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM).
Keenam pelaku Zulfarhan dijatuhkan hukuman sampai mati mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik penginapan Asrama Jebat UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 petang.
Ibu bapa Zulfarhan sujud syukur, 6 bekas penuntut UPNM akhirnya dihukum gantung sampai mati