NasionalParlimen

Pentadbir tunggal anti-gangguan seksual tidak logik, kata Azalina

AZALINA Othman Said (BN-Pengerang) menentang klausa dalam Rang Undang-undang Gangguan Seksual 2021 yang mengatakan ketua setiausaha kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat akan dilantik sebagai pentadbir anti gangguan seksual.

Bekas menteri undang-undang itu berkata pelantikan itu akan menjadikan seseorang sebagai “polis moral” dalam hal gangguan seksual.

“Saya tidak pernah mendengar negara lain mempunyai jawatan pentadbir ini (menentang gangguan seksual). Mengapakah ketua setiausaha kementerian perlu menjadi polis moral untuk gangguan seksual? Ia tidak logik,” katanya di Dewan Rakyat.

Azalina membuat perbandingan antara jawatan pentadbir dalam rang undang-undang dan majlis penyelaras bagi perlindungan kanak-kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Berdasarkan Akta tersebut, majlis itu terdiri daripada wakil daripada kementerian berkaitan, Jabatan Peguam Negara, polis, jabatan penjara, jabatan kebajikan masyarakat, pakar kanak-kanak dan wakil dari Sabah dan Sarawak.

Bekas timbalan speaker Dewan Rakyat itu berkata adalah lebih baik urusan gangguan seksual dirujuk kepada jawatankuasa berbanding individu tunggal.

Azalina meminta klausa ini dipinda, sambil menyokong rang undang-undang itu secara keseluruhan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button