Penjenamaan semula Facebook kepada Meta
KETUA Pegawai Eksekutif, Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa Facebook telah menukar nama korporat kepada Meta sebagai salah satu penjenamaan semula syarikat tersebut.
Tindakan ini dilakukan selepasa beberapa tahun Facebook berdepan dengan banyak cabaran antaranya kes mahkamah dan isu pelanggaran privasi.
Menurut Zuckerberg, penjenamaan semula tersebut menfokuskan kepada membina ‘metaverse’ iaitu persekitaran maya perkongsian yang akan menjadi pengganti kepada internet mudah alih.
Tambahnya, jenama baharu tersebut mencerminkan bahawa dari semasa ke semasa pengguna tidak perlu menggunakan Facebook untuk perkhidmatan lain syarikatnya.
Zuckerberg juga menyatakan Meta didatangkan dengan logo baharu yang menggantikan logo ‘like’ ibu jari dengan bentuk infiniti biru.
Beliau juga berharap Meta dapat menjadi tempat untuk berinteraksi, bekerja dan mencipta kandungan dan dapat mencapai satu billion orang dalam dekad akan datang. -SM