Penjawat awam jaga integriti, etika – Raja Muda Perlis
London, United Kingdom – Penjawat awam diingatkan agar sentiasa menjaga etika dan integriti dalam menjalankan tugas. “Dalam masa yang sama, penjawat awam perlu menjadi teladan dengan mengekalkan profesionalisme dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Integriti adalah asas kepada keyakinan rakyat terhadap sistem pentadbiran,
.
Pada masa yang sama ia diharap dapat menjadi panduan kepada semua pihak untuk menghormati peranan penjawat awam dalam memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar, sambil mengelakkan sebarang konflik yang boleh merosakkan hubungan antara masyarakat dan institusi kerajaan.
Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut kenyataan MAIPs selepas Baginda berkenan berangkat singgah menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM 1000 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Masjid Salahuddin Trust yang terletak di 1, Norfolk Place, London, W2 1QN baru-baru ini.
Menerima sumbangan tersebut bagi pihak masjid daripada Baginda yang diiringi sama anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail ialah Pengurusnya, Najet Ahmed.
Sumbangan zakat ini merupakan inisiatif MAIPs yang disalurkan kepada masjid terpilih di luar negara dari masa kesemasa semasa keberangkatan Tuanku Raja Muda dari masa ke semasa.
Foto : MAIPs