Penjara seperti hotel, siap ada pendingin hawa, TV cetuskan kemarahan orang awam
SEORANG banduan menunjuk sel penjara yang didudukinya menyerupai bilik hotel telah mencetuskan kemarahan orang awam.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh banduan itu, dia menunjukkan sel itu dilengkapi dengan beberapa berabot dan perhiasan mewah di samping gadjet dan televisyen skrin rata.
Selain itu, biliknya juga mempunyai pendingin hawa, sistem pembesar suara, telefon talian tetap untuk menerima panggilan, dan tempat duduk yang diperbuat daripada kulit di sebelah katilnya.
Banduan tersebut menggelar gaya hidupnya sebagai “HMP livin” dan berkata sel penjara kelihatan seperti bilik hotel.
Susulan itu, video yang dimuat naik di TikToknya menjadi tular dan ditonton lebih sejuta pelayar media sosial dalam tempoh hanya beberapa hari serta berjaya mendapat 5,500 pengikut dan mempunyai 42,000 tanda suka.
Bagaimanapun, tindakan banduan tersebut telah menimbulkan kemarahan di kalangan pembayar cukai di negara tersebut.
Ibu kepada tiga anak, Crystal Jayne berkata dia tidur di atas lantai untuk memberi ruang untuk anak-anaknya.
“Fikirkan saya mungkin melanggar undang-undang untuk katil yang selesa dan kedamaian.”
Charlotte Holland pula berkata, dia tidak percaya dia membayar cukai untuk perkara seperti itu.
Tambah Dan Rebecca Peach, itu sangat menyedihkan kerana abang saya hidup seperti ini dalam kehidupan yang disokong. Dan dia mati seorang diri dan tiada siapa yang menyedarinya.
Dalam video lain, banduan tersebut berkongsi imej memakai pakaian berjenama mahal. Wajah mereka ditutup dengan emoji. -SM