Nasional

Peniaga rugi RM4,860 ditipu kontraktor TNB

MELAKA 16 Februari – Seorang peniaga kerugian sebanyak RM4,860 selepas terpedaya dengan seorang lelaki yang menyamar sebagai ‘kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB)’.

Mangsa dihubungi lelaki berkenaan yang kononnya cuba membantu menyelesaikan tunggakan bil elektrik di premis perniagaan miliknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka, Superitendan E.Sundra Rajan berkata, mangsa berusia 28 tahun itu menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai kontraktor TNB itu kira-kira pukul 1.20 tenghari semalam.

Menurutnya, mangsa diugut oleh suspek untuk memutuskan bekalan elektrik di premisnya jika tiada bayaran dibuat untuk menyelesaikan tunggakan bil milknya.

“Bimbang bekalan eletrik dipotong, mangsa tanpa rasa curiga terus memasukkan wang berjumlah RM4,860 ke akaun peribadi milik lelaki yang menyamar itu,” ujarnya di sini hari ini.

Sundra berkata, menyedari dirinya tertipu, mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh.

Menurutnya, hasil semakan awal melalui aplikasi ‘Semak Mule CCID’ nombor akaun digunakan suspek didapati terlibat dengan empat kes lain.

Beliau berkata, kes dilaporkan sebelum ini turut menggunakan modus operandi sama dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button