Berita

Peniaga roti canai basuh kuali dengan Air Longkang

TINDAKAN seorang peniaga roti canai yang membasuh kuali dengan menggunakan air longkang telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Dalam video yang dimuat naik oleh peniaga tersebut di TikTok semalam, lelaki itu kelihatan panik apabila perbuatannya dirakam dan segera berlalu tanpa memberikan sebarang penjelasan.

Namun, lokasi kejadian masih belum dikenal pasti, dan tidak jelas sama ada pihak berkuasa telah mengambil tindakan mengenainya. Orang ramai kini menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan segera.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button