Berita

Peniaga PBT harus bertanggungjawab atas peranan masing-masing – Sultan Pahang

KUALA LUMPUR 30 Mac – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah menasihatkan para peniaga dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini agar bertanggungjawab dalam menjalankan peranan masing-masing.

Paduka Baginda bertitah, dalam keghairahan untuk menyambut lebaran, sudah pasti para peniaga melipatgandakan usaha untuk sumber pendapatan dengan menawarkan barang niaga yang menarik perhatian pembeli.

“Apa jua bentuk urusniaga yang dijalankan perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah disediakan antaranya peniaga perlu memohon lesen atau permit perniagaan manakala pihak berkuasa tempatan (PBT) pula perlu menyediakan tempat yang khusus dan selamat untuk semua pihak.

“Apabila tiba pada suatu isu atau permasalahan, ia perlu diselesaikan dengan cara yang paling wajar serta tidak melibatkan sebarang kekecohan apatah lagi kecederaan,” Titah Paduka Baginda.

Dalam pada itu Paduka Baginda turut menasihatkan agar peniaga di Pahang  mempunyai lesen dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan manakala penguatkuasa pula perlu berhemah dalam segala tindakan yang diambil perlu penuh dengan budi-bicara tanpa melibatkan sebarang kerosakan mahupun kecederaan.

Sementara itu, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkesempatan meluangkan masa menziarahi peniaga belon yang terlibat dalam insiden dengan penguatkuasa DBKL pada Jumaat lalu.

Muhammad Zaimuddin Azlan yang lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’, 28, kini dirawat di Hospital Serdang akibat kecederaan selepas bergelut dengan penguatkuasa yang cuba merampas barang jualannya.

Simpati dengan keadaan yang menimpa pemuda dari Jerantut itu, YAM Tengku Arif Bendahara yang tiba pada pukul 12.30 tenghari turut bertanya keadaan kesihatan semasa dan menyampaikan kurniaan peribadi KDPB Sultan Pahang kepadanya. – KESULTANAN PAHANG

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button