PARA peniaga Medan Ikan Bakar Laman Brasmana Kuala Perlis yang beroperasi hampir 20 tahun lalu akur arahan penutupan kekal premis ini yang berkuatkuasa 1 Ogos lalu.
Notis tersebut telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK).
Kesemua peniaga di sini juga gembira kerana sudah disediakan tapak niaga di Kontena Komalaut 2 yang dikendalikan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs).
Tinjauan Suara Merdeka juga mendapati tapak baharu ini juga sibuk apabila para peniaga mulai mengemas kerana dijangka akan memulakan perniagaan dalam waktu terdekat ini.
Manakala tqpak lama di Medan Ikan Bakar Laman Brasmana juga sudah dikosongkan oleh peniaga.
Bagaimanapun ada peniaga yang masih berada di premis itu bagi mengambil saki-baki barang yang ada di kedai masing-masing.
Ada juga dilihat meletakkan kain sepanduk di tapak lot kedai masing-masing bagi kemudahan pelanggan mencari lokasi terbaharu.
Salah seorang peniaga yang ditemui Shabi Ali, 46 bersama anaknya Atira Harun, 22 berada di premis lama untuk mengambil beberapa barang.
Shabi yang merupakan tuanpunya lot kedai “Kak Bee” berharap Allah melorongkan rezeki yang lebih baik di tempat baharu.
Sekalipun diarah keluar katanya, para peniaga telah disediakan dengan tapak niaga.
Sementara itu anaknya, Atira Harun, 22, emaknya pernah menjadi tukang masak di salah sebuat lot kedai di medan ikan bakar ini sebelum membuka perniagaan.
“Emak bernasih baik apabila berpeluang menyewa sebuah lot kedai bagi memulakan perniagaan sendiri pada tahun 2010,” katanya.
Beliau berkata, sekali lagi emaknya bersyukur kerana telah mendapat sebuah lot kedai baharu yang terletak bersebelahan Kompleks KOMALAUT.
Katanya, kadar sewa tempat baharu hanya RM750 sebulan berbanding tapak lama RM500. – SM