Mahkamah

Pengurus syarikat didakwa sebar rakaman rakan wanita mandi bogel

PADAH menyebar gambar bogel rakan serumah ketika mandi, seorang pengurus syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas dua pertuduhan.

Tertuduh, Ong Beng Soon, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamed Fared Abdul Latif.

Menurut laporan BERNAMA, dia didakwa telah mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 23 tahun dengan cara merakam gambar bogel ketika mandi yang mengganggu kesantunan mangsa di sebuah rumah di Taman OUG.

Perbuatan itu dilakukan oleh tertuduh pada pukul 1 petang, 15 Jun 2019 dan kesalahan itu disabit mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa memiliki gambar berunsur lucah di dalam telefon bimbit miliknya di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Khaliq Nazeri menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin manakala tertuduh yang diwakili peguam Cheow Wee merayu jumlah itu dikurangkan atas alasan menanggung ibunya yang berusia 71 tahun dan kurang sihat.

Mahkamah membenarkan Ong diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 9 Julai  untuk sebutan semula kes. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button