Pengurusan ekonomi negara ibarat tikus membaiki labu
PENGURUSAN ekonomi negara sekarang boleh diibaratkan seperti tikus membaiki ekoran keadaannya yang semakin teruk.
Pengumuman Bank Negara semalam bahawa ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 3.6 peratus pada suku keempat (Q4) 2019, membuktikan perkara itu.
Ia adalah kadar yang paling rendah dalam tempoh satu dekad disebabkan pengeluaran kelapa sawit, minyak mentah dan gas asli yang jauh lebih rendah, dan kejatuhan eksport akibat perang perdagangan Amerika Syarikat-China.
Angka tersebut adalah di bawah paras unjuran kerajaan iaitu pada 4.7 peratus, dan merupakan angka yang paling lemah sejak 2016.”
“Persoalannya disini, setelah hampir 2 tahun Pakatan Harapan menjadi kerajaan, tidak pernahkah Menteri Kewangan, Menteri Ekonomi dan Gabenor Bank Negara duduk berbincang mengenai hala tuju ekonomi negara?
“Keadaan ekonomi semakin teruk di bawah mereka umpama tikus memperbaiki labu, dan malangnya entah berapa ‘ekor’ tikus yang kini sedang senang-lenang kerana ‘labu’ telah dirosakkan,” kata Exco Ekonomi Pergerakan Wira Putra Malaysia dalam kenyataan hari ini.
Katanya, berdasarkan laporan suku keempat tahun 2019, didapati ia tidak melambangkan adanya kerjasama dan fokus untuk memacu ekonomi negara oleh pihak-pihak terbabit.
“Antaranya, menurut Gabenor bank Negara Malaysia (BNM), antara faktor yang merencatkan kadar pertumbuhan KDNK suku ke-4 ini adalah berlakunya gangguan bekalan disektor komoditi, akibat kegagalan diplomasi Kerajaan Pakatan Harapan berkenaan beberapa isu sensitif.
“Ini menunjukan bahawa perbalahan dengan negara India baru-baru ini telah memberi kesan yang negatif kepada penjualan hasil sawit, dan kegagalan diplomasi umpama menidakkan India sebagai salah satu pengimport terbesar minyak sawit Malaysia, yang menyumbang kepada ekonomi negara.
“Disamping itu, Wira Putra berpendapat pelbagai rundingan perdagangan gagal, risiko geopolitik antaraabgsa, dan faktor politik dalam negeri yang tidak stabil juga menjadi faktor perencatan KDNK pada suku keempat 2019,” katanya.
Perkara itu, katanya, bagaikan tidak di ambil kira dalam mencorakkan dasar ekonomi negara, yang kini di lihat lebih kepada penjualan aset-aset strategik Melayu.
Katanya, Wira Putra mahukan pihak Menteri Kewangan, Menteri Ekonomi dan Gabenor Bank Negara memikirkan cara yang terbaik bagi meningkatkan kadar pertumbuhan KDNK negara supaya ekonomi Malaysia dapat ditingkatkan semula agar Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang disegani dunia dari segi kestabilan ekonominya.
“Kepada Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi, berhentilah bermain politik kerana hasil politik anda telah menjatuhkan ekonomi negara dan menyebabkan pelabur luar takut untuk melabur dalam Malaysia kerana anda berdua adalah antara ‘faktor penyumbang’ kepada ketidak stabilan politik didalam negeri,” katanya.