albatros

Penguin ni tak ada isteri kah? Tanya penonton

CARA berpakaian pengayuh basikal memang sering menjadi sorotan masyarakat.

Jika sebelum ini penunggang wanita sahaja yang menjadi tumpuan kecaman, kini pengayuh lelaki juga menerima nasib yang sama.

Mereka yang tidak berkayuh basikal, atau hanya berkayuh di dalam taman tidak akan memahaminya, kecuali mereka yang termasuk kategori tegar yang berkayuh ratusan kilometer memahaminya.

Bagaimanapun apabila semakin kuat suara masyarakat, mungkin para pengayuh tegar ini perlu memberi perhatian.

Ini antara banyak luahan di media sosial.

Alhamdulillah ada yang menegur, Alhamdulillah yang menegur itu pula lelaki. Maknanya, memang buruk la rupa macam itu. Dah lama terbuku di hati, nak menegur depan- depan memang tak lah, nanti dikatanya aku ni gila seks ke, kemaruk ke, macam-macam la kan.

Setiap kali terserempak makhluk-makhluk sebegini di kedai mamak, tersengih-sengih suamiku malu mahu menjawab soalanku, “penguin-penguin” ni tak ada isteri ke bang?

Ya la kan, kalau ada isteri takkanlah isteri tak nasihat suami masing-masing yang buat tayangan percuma segala bonjolan yang ada, sambil jalan terkedek-kedek merata-riti dalam kedai dengan kasut terjongkang jongket dia tu. Tambah berpinau mata kalau yang perut tu pula mengalahkan ibu hamil 6 bulan.

Sumpah, loya betul aku tengok penguin darat ni, kasi spoil mood hari minggu je. Yang ada kenalan atau sedara mara macam ni tolong sampaikan luahan hati kami pada mereka ya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button