Nasional

Penguatkuasa DBKL dibaling gelas terima penghargaan

DUA anggota Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terlibat kes amuk seorang lelaki di Brickfields menerima penghargaan hari ini.
Sijil penghargaan itu telah diberikan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham A Dahlan kepada Prabu Thanapal dan Mohamad Harmizie Zaharudindi Bilik Gerakan Jabatan Penguatkuasaan DBKL Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Sijil tersebut juga diberikan diatas komitmen  mereka sewaktu menjalankan tugas penguatkuasaan yang sememangnya penuh dengan cabaran.
Terdahulu, mereka telah menerima ancaman keselamatan daripada seorang lelaki yang tidak berpuashati selepas disaman pada kelmarin.
Tindakan penguatkuasaan lalulintas perlu dikenakan ke atas pemilik kenderaan yang membuat halangan tidak berpatutan sekitar kawasan menerusi rondaaan dan pemantauan harian. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button