BeritaPendidikan

Pengoperasian sekolah: Hanya 50 peratus kehadiran murid dalam kelas, kurangkan risiko penularan – Radzi Jidin

Sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dibenarkan untuk dibuka semula, akan menggunakan sistem penggiliran di dalam kelas, atau 50 peratus kehadiran sahaja.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata, penggunaan sistem penggiliran tersebut akan mengurangkan jumlah murid di dalam sesebuah kelas, sekali gus mengurangkan risiko sekiranya ada jangkitan COVID-19.
“Sistem penggiliran ini pertama sekali akan mengurangkan jumlah murid dalam kelas. Maka boleh mengurangkan risiko jangkitan dalam kelas. Dulu katalah, ada 36 orang murid, sekarang datang secara fizikal hanya 18 orang.
“Itu adalah satu kaedah baharu pendekatan baharu, selepas mengambil pandangan semua pihak, dan melihat apa terbaik dalam mencari jalan tengah, bagi memastikan anak-anak kita kembali ke sekolah dalam keadaan selamat,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menerangkan mengenai pengoperasian sekolah di negeri-negeri mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang bakal bermula 3 Oktober ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button