BeritaRencah Hidup

PengIslaman ibu Firdaus Wong: Mufti Wilayah teringat kisah Abu Hurairah

KUALA LUMPUR – Kisah pengIslaman ibu pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung semalam turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Mufti tersebut berkata, beliau terharu dengan pengIslaman ibu pendakwah mualaf berketurunan Cina tersebut selepas Firdaus berusaha membawa ibunya ke dalam agama fitrah semenjak memeluk Islam 14 tahun lalu.

“Tahniah kepada saudara Firdaus Wong Wai Hung. Kami semua amat bergembira dan bersyukur kepada Allah SWT atas khabar gembira ini.

“Impian kita, sudah tentu ingin berpimpinan, beriringan dengan penuh senyuman bersama ahli keluarga kita menuju ke syurga Allah.Moga dikabulkan-Nya, amin,” kata Dr. Zulkifili.

Menurut Mufti Wilayah, kisah pengIslaman ibu Firdaus mengingatkan beliau dengan kisah pengIslaman ibu perawi hadis Nabi Muhammad terkemuka, Abu Hurairah.

Related Articles

Daripada Abi Kathir Yazid bin ‘Abd al-Rahman, Abu Hurairah menceritakan, dia sering mengajak ibunya untuk masuk ke dalam agama Islam, ketika beliau masih musyrik tetapi ibunya mengutarakan kata-kata tentang diri Rasulullah SAW yang tidak Abu Hurairah suka.

Abu Hurairah kemudian menemui Rasulullah sambil menangis dan menceritakan hal tersebut. Beliau meminta Rasulullah berdoa dan mohon kepada Allah agar ibunya mendapat petunjuk dan hidayah.

Setelah mendengar penjelasan Abu Hurairah, Rasulullah terus berdoa: ‘Ya Allah, berikanlah hidayah kepada ibu Abu Hurairah! ‘

Beliau kemudian pulang ke rumah dengan perasaan gembira kerana doa Rasulullah dan setibanya di rumah Abu Hurairah mendapati pintu rumah masih tertutup.

“lbuku mendengar derap langkah aku lalu berkata; Hai Abu Hurairah, berhentilah sejenak! ‘ Kemudian aku mendengar bunyi percikan air. Ternyata ibuku sedang mandi. Beliau segera berpakaian dan mengenakan tudung.

“Beliau membuka pintu seraya berkata; Hai Abu Hurairah, sekarang aku bersaksi bahwasanya tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya,” cerita Abu Hurairah.

Abu Hurairah kemudian berjumpa RasuluIlah SAW sambil menangis kegembiraan.

“Aku berkata; ‘Ya Rasulullah, aku sungguh senang dan gembira, AIIah telah mengabulkan doa engkau. Dan Allah telah memberikan hidayah-Nya kepada ibuku.” -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button