Ekonomi

Penggunaan baki caruman Akaun 2 KWSP sebagai sokongan pinjaman peribadi

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ambil maklum mengenai pengumuman terkini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar \Ibrahim mengenai penggunaan baki caruman dalam Akaun 2 ahli KWSP sebagai  sokongan untuk membuat pinjaman peribadi daripada sistem perbankan bagi mereka yang memerlukan bantuan tunai.

Pada masa ini, KWSP sedang menilai dan memperincikan kaedah terbaik bagi melaksanakan kemudahan ini dan akan mempertimbangkan semua faktor yang relevan bagi memastikan pelaksanaan yang lancar.

Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan kemudahan ini akan diumumkan oleh KWSP pada masa yang akan datang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button