Nasionalpilihan

Penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak harus dipertahankan!

Pada setiap 16 September, negara akan menyambut Hari Malaysia sebagai peristiwa memperingati sejarah penubuhan negara Malaysia yang gilang-gemilang.

Bagi Samsul Baharin, 41, rakyat di negara ini harus menghargai penyertaan bersama semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.

“Jika tiada kebersamaan, kekeluargaan yang kita nikmati hari ini pastinya terhad berbanding hari ini, kita berkongsi pelbagai rasa serta lebih banyak budaya,” katanya.

Berdasarkan cadangan awal, Malaysia harus ditubuhkan pada 31 Ogos 1963 namun setelah mendapat pelbagai rundingan dan menelitinya, tarikh tersebut ditukar kepada 16 September 1963.

Mulai tahun 2010 juga, Hari Malaysia telah dijadikan sebagai cuti umum di semua negeri di Malaysia dan pelbagai acara menarik untuk meraikannya telah dilaksanakan.

Ketika menemu bual beberapa responden, Nur Syaika, 16, berpendapat, inisiatif yang diambil segelintir pihak bagi menganjurkan acara awam sempena Hari Malaysia ternyata sesuatu yang positif.

“Walaupun saya adalah golongan generasi baharu, saya sangat teruja untuk menyambut Hari Malaysia bersama rakan-rakan.

Ia secara tidak langsung membuatkan kami untuk ambil tahu dan sekali gus menjadikan kami sebagai generasi yang sering memperingati sejarah pembentukan Malaysia,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button