Nasional

12 strategi dan 31 pelan tindakan capai visi dan objektif Dasar Tenaga Negara – PM

Untuk mencapai visi dan objektif Majlis Pelancaran Dasar Tenaga Negara 2022 – 2040 (DTN), sebanyak 12 strategi dan 31 pelan tindakan dikenal pasti.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia berlandaskan empat teras strategik dan lima pemboleh daya untuk dilaksanakan bagi jangka pendek, sederhana dan panjang.

“Selain selari dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Lima Tahun, Kerajaan bersetuju menubuhkan Majlis Tenaga Negara bagi menerajui hala tuju peringkat tertinggi dalam membuat keputusan strategik.

“Keputusan strategik adalah berkaitan sektor tenaga, kerana strategi dan pelan tindakan DTN merentasi pelbagai sektor dan pihak berkepentingan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Dasar Tenaga Negara 2022 – 2040 yang dianjurkan di Hotel Marriot, Putrajaya.

Dalam masa sama, Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa beliau akan mempengerusikan Majlis Tenaga Negara.

“Saya akan mempengerusikan Majlis Tenaga Negara ini bagi memastikan inisiatif DTN dilaksanakan secara
berkesan oleh kementerian dan agensi bertanggungjawab berdasarkan akauntabiliti dan peranan masing-masing.

“DTN merupakan ‘living document’ yang dikemas kini setiap tiga tahun dengan semakan dan pertimbangan
dilakukan MTN, selari dengan kemajuan teknologi, tahap pencapaian sosioekonomi negara dan keseimbangan
trilema tenaga semasa,” katanya.

(Visited 297 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button