PASANGAN beregu campuran profesional negara yang juga pengantin baharu Goh Soon Huat-Shevon Lai muncul juara Msters Malaysia 2024 sekali gus merupakan hadiah perkahwinan mereka.
Pasangan itu yang baahru melangsungkan perkahwinan pada 4 Mei lalu, menewaskan lawan mereka dari Indonesia Rinoy Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dalam straight set 21-18, 21-19 dalam tempoh 48 minit.
Ia turut menebus kehampasan Soon Huat- Shevon yang tewas pada final 2017 kepada rakan senegara Tan Kain Meng- Lai Pei Jing, serta juga kejuaraan antarabangsa kedua mereka musim ini selepas mahkota Terbuka Switzerland.
Di set pertama, pasangan Malaysia ini ketinggalan 12-14 sebelum menyamakan kedudukan 14-14.
Soon Huat-Shevon kemudian mendahului 20-16 tetapi gagal menamatkan permainan dalam dua mata akhir yang bolehkan lawan menghampiri kepada 18-20.
Namun, pasangan Malaysia ini kembali tenang untuk kutip satu mata akhir bagi kemenangan set pertama 21-18.
Set kedua, Soon Huat-Shevon ketinggalan 3-7 sebelum berjaya menyamakan kedudukan 16 sama sebelum sekali lagi ketinggalan 16-18.
Tetapi pasangan Malaysia ini bangkit menyamakan kedudukan sebelum mendahului 20-19 dan memastikan kejuaraan apabila Soon Huat melakukan smash ke gelanggang terbuka lawan.
Kemenangan itu menyaksikan Soon Huat-Shevon membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah AS$33,180 (RM156,350).