MahkamahNasionalNegeri

Penganggur mengaku bersalah cederakan ibu dan adik

Mahkamah benarkan permohonan pendakwaan, tertuduh jalani pemeriksaan mental

SEORANG penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas dua tuduhan mencederakan ibu dan adik perempuannya dengan mengelar mereka menggunakan pisau pemotong daging.

Muhammad Hidayat Abu Samad, 24, didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada Sapiah Abdul Kadar, 49, dan Noor Iman Dania Abu Samad, 11, menggunakan pisau pemotong daging di sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah, Melaka Tengah pada pukul 10 malam, 10 Mac lepas.

GAMBAR HIASAN – Pisau pemotong daging.

Tuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 40 tahun dan dikenakan denda atau sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon Hidayat yang tidak diwakili peguam menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Johor bagi mendapatkan laporan kesihatan mental.

Hakim Mohd Sabri Ismail membenarkan permohonan pendakwaan dan menetapkan 19 April depan untuk sebutan semula kes dan serahan laporan psikiatri. – SM

Artikel berkaitan > Mahkamah Majistret perintahkan Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button