Nasional

Pengambilalihan lebuh raya: Kabinet akan buat keputusan minggu depan

KABINET akan membuat keputusan mengenai cadangan pengambilalihan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Malaysia Bhd dan empat lebuh raya di bawah kendalian Gamuda Berhad minggu depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, keputusan perlu dibuat segera bagi mengelakkan peningkatan nilai pampasan yang perlu dibayar.

“Keputusan Kabinet mengenai PLUS akan dibuat minggu depan. Memandangkan kita sudah membekukan kenaikan tol tahun ini, kami akan perlu membayar pampasan.

“Kami perlu membuat keputusan yang cepat. Jika tidak, nilai pampasan akan terus meningkat,” katanya pada sidang akhbar selepas menutup Festival Celik Kewangan di Putrajaya hari ini.

Katanya, sebarang keputusan yang dibuat mestilah memberikan kemenangan kepada kerajaan, pemilik syarikat – Khazanah dan KWSP – dan rakyat.

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata,  Kabinet telah meminta supaya dibentangkan perincian mengenai cadangan untuk mengambilalih PLUS. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button