Pengagihan pendapatan RM311.2 juta untuk ASB 3 Didik dan AS Equity 2
AMANAH Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM311.2 juta untuk dana harga tetapnya, Amanah Saham Bumiputera 3-Didik (ASB 3 Didik) dan dana harga berubah, Amanah Saham Nasional Equity 2 (ASN Equity 2) bagi tahun kewangan (TK) berakhir 30 Jun 2021.
Amanah Saham Bumiputera 3-Didik (ASB 3 Didik) ASB 3 Didik mengisytiharkan pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021.
Pengagihan pendapatan ini melibatkan pembayaran berjumlah RM288.4 juta yang memanfaatkan 302,672 pemegang unit, dan lebih tinggi berbanding RM275.4 juta yang diagihkan pada TK2020. ASB 3 Didik telah mencatatkan pendapatan direalisasikan bersih sebanyak RM295.7 juta, yang menunjukkan peningkatan 17.6% berbanding tahun lalu.
Pengagihan pendapatan untuk ASB 3 Didik adalah 240 mata asas mengatasi penanda aras 12 bulan Deposit Tetap Maybank dalam tempoh yang sama iaitu 1.85%.
Pengagihan 4.25% oleh ASB 3 Didik juga adalah lebih tinggi daripada pulangan harga Indeks Komposit KL FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) sebanyak 3.9% dalam tempoh yang sama.
• Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan
Nasional Berhad (PNB), hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana harga tetap,
Amanah Saham Bumiputera 3-Didik (ASB 3 Didik) dan dana harga berubah, ASN Equity 2 bagi tahun
kewangan berakhir 30 Jun 2021.
• ASB 3 Didik mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM288.4 juta yang
memanfaatkan lebih 300,000 pemegang unit. Agihan pendapatan yang diisytiharkan sebanyak 4.25
sen seunit berada pada 240 mata asas mengatasi penanda aras pulangan Deposit Tetap 12 bulan
Maybank iaitu sebanyak 1.85% bagi tempoh yang sama.
• ASN Equity 2 mencatatkan jumlah pulangan sebanyak 6.09%, dengan pembayaran pengagihan
pendapatan berjumlah RM22.8 juta. Ini bersamaan dengan 1.76 sen seunit dan memberikan hasil
dividen sebanyak 3.45% berdasarkan Nilai Aset Bersih dana pada 25 Jun 2021.
ASN Equity 2
Sementara itu, ASN Equity 2 mencatatkan jumlah pulangan sebanyak 6.09% untuk tahun kewangannya berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAB) dana pada 25 Jun 2021. Ini mengatasi penanda aras berwajarannya sebanyak 0.75%, yang diwakili oleh 80% Indeks 100 Teratas FTSE Bursa Malaysia (FBM 100) dan 20% Deposit Tetap 12 Bulan Maybank.
ASN Equity 2 juga mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 1.76 sen seunit kepada 34,567 pemegang unit, dengan dividen berjumlah RM22.8 juta. Pengagihan ini bersamaan dengan hasil dividen sebanyak 3.45% berdasarkan NAB dana pada 25 Jun 2021.
Prestasi kedua-dua dana ASB 3 Didik dan ASN Equity 2 umumnya didorong oleh pemulihan pasaran kewangan global dan domestik walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19. Dana-dana ini juga mendapat manfaat daripada inisiatif kepelbagaian porftfolio masing-masing yang terus memberikan hasil positif, dengan peruntukan untuk pelaburan antarabangsa meningkat kepada 20%. Pasa masa yang sama, PNB terus meneroka peluang-peluang pelaburan baharu untuk membangunkan portfolio pelaburan yang berdaya tahan dan lestari dalam persekitaran pasaran yang sentiasa berubah.
Pengiraan Penagihan Pendapatan dan Penangguhan Urus Niaga Pengiraan pengagihan pendapatan bagi ASB 3 Didik adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan, manakala pengiraan pengagihan pendapatan bagi ASN Equity 2 adalah berdasarkan baki unit yang dipegang pada 30 Jun 2021. Pengagihan yang diisytiharkan oleh dana-dana ini akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit dan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Julai 2021.
Urus niaga di semua pejabat cawangan dan ejen ASNB untuk ASB 3 Didik dan ASN Equity 2 telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 24 hingga 30 Jun 2021 untuk memudahkan urusan pengiraan pengagihan pendapatan. Pemegang unit boleh mengemas kini akaun mereka di www.myasnb.com.my melalui aplikasi mudah alih myASNB atau di mana-mana pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 Julai 2021.