Penemuan baharu spesis dinosaur ada ekor bersenjata pelik
SPESIS baharu dinosaur yang mempunyai ekor bersenjata yang tidak pernah dilihat pada dinosaur lain ditemukan di Chile.
Bersaiz kira-kira 2 meter (6.5 kaki), dinosaur berperisai kecil yang dipanggil Ankylosaur berasal dari zaman Cretaceous sekitar 71.7 juta hingga 74.9 juta tahun yang lalu.
Dinosaur yang bernama Stegouros Elengassen, mempunyai ekor yang pelik tidak sama seperti ekor Stegosaurus dan ekor Ankylosaurus. Walaupun tengkoraknya mempunyai ciri yang sama dengan Ankylosaur lain, menurut kajian Jurnal Nature yang diterbitkan pada Rabu lalu.
Menurut pengarang utama kajian itu, Sergio Soto Acuna, ekor spesis tersebut terlalu pendek untuk dinosaur dan bahagian belakangnya terbungkus dalam tulang dermal (tulang yang tumbuh di dalam kulit) membentuk senjata (ekor) yang unik.
Selain itu, dinosaur itu mempunyai tujuh pasang “pisau” di sisi seperti senjata penghiris yang digunakan oleh pahlawan Aztec purba.
Stegouros, yang bermaksud “ekor berbumbung” dalam bahasa Yunani dan “elenggassen” merupakan bahasa Aonikenk iaitu bahasa penduduk asal Patagonia yang merujuk kepada binatang berperisai mitologi.
Rangka fosil yang sebahagian besarnya lengkap ditemukan di wilayah Magallanes di Patagonia, wilayah paling selatan Chile, pada 2018.-SM