Auto Travel

Penduduk Perlis perlu bersama pelihara destinasi ekopelancongan, titah Raja Muda Perlis

Dalam usaha menjadikan Perlis destinasi ekopelancongan yang terbaik, beberapa strategi wajar dimanfaatkan dengan sebaiknya. Antaranya adalah penduduk setempat perlu dididik tentang kepentingan warisan alam semula jadi, pengurusan pemuliharaan dalam perlindungan alam sekitar, meningkatkan kesedaran terhadap penduduk tempatan, menyediakan hospitaliti dan kemudahan terbaik, pengurusan acara yang lengkap serta memperkenalkan rangkaian maklumat untuk pelancong dan pengunjung.

Pada masa yang sama teknologi terkini hendaklah dipergiatkan di mana ekopelancongan ini dipromosikan dalam media sosial kerana ramai yang mencari rujukan melalui sumber di atas talian seperti laman web, blog, vlog dan live reviewing oleh personaliti terkenal yang menjadikan sesuatu destinasi itu viral.

Selain daripada itu, adalah perlu pelancongan lestari diwujudkan termasuklah pemuliharaan terhadap spesies terancam yang diperketatkan bagi menjadikan kawasan tersebut dikenali di negara lain dan sebagai subjek perundangan pemuliharaan alam.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat meninjau Gua Bukit Ngulang pada tengahari semalam.

Keberangkatan baginda diiringi oleh Pengerusi Kelab Sukarelawan Pelancongan Negeri Perlis, Zulkifli Md Jusoh dan Pengusaha Riverview Homestay, Mohd Azrif Md Amin.

Related Articles

Terdahulu daripada itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan singgah menyantuni tiga buah rumah asnaf terpilih milik Rasmadi Hassan, Marzuki Yeem dan Siti Rabedah Ismail dalam kariah Santan Baroh bagi menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM700 setiap seorang, ‘Kit MAIPs Peduli’ dan beras fidyah dalam ‘Program MAIPs Peduli Khas Covid-19’.

Baginda turut berkenan merasmikan projek peningkatan sosioekonomi asnaf MAIPs berupa sumbangan peralatan dapur tiga tunku untuk perniagaan warung makan yang diusahakan oleh Zulkufli Mohamad di Batu 3 1/2, Jalan Santan Padang Pauh.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button