Rencah Hidup

Pendaki negara Nagarajan stabil di hospital

PENDAKI negara RJ Nagarajan yang menawan puncak Gunung Everest minggu lalu kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM).

Pejabat Pro Naib Canselor UKM berkata, pasukan perubatan HCTM menyambut Nagarajan setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam dan terus menghantarnya ke hospital menaiki ambulans.

“Nagarajan selamat tiba di Malaysia pada pukul 6.30 pagi menaiki pesawat Malaysia Airlines diiringi pengasas ZeroTo8000, Mohd Khafiz Bachok.

“Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) mendoakan beliau kembali sihat seperti biasa,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Selepas menakluk puncak Everest pada 22 Mei lalu, Nagarajan, 59, diselamatkan beberapa malim gunung kerana mengalami simptom buta salji ketika dalam perjalanan ke kem empat.

Simptom akibat pantulan pancaran sinar matahari ke atas salji menyukarkan penglihatan dan mengehadkan pergerakannya menuruni gunung itu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button