Rencah Hidup
Penafian poster Suara Merdeka
EDITORIAL Suara Merdeka ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak ada kaitan sama sekali dengan sebuah poster yang dikongsi di media sosial.
Dalam poster bersifat serangan politik itu, terdapat gambar seorang individu yang didakwa berjawatan Editor atau Pengarang di Suara Merdeka.
Pihak kami ingin memaklumkan tidak ada mana-mana pengarang atau wartawan ataupun petugas bernama Naseron Ismail yang berkhidmat dengan Suara Merdeka.-SM