Pemulihan Covid-19 di Malaysia yang terbaik di Asia
PENGURUSAN pandemik Covid-19 Malaysia adalah yang terbaik di Asia dan berada di kedudukan ke-13 dari 122 negara serta wilayah dalam pemulihan wabak itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia memperoleh 66.5 mata dalam Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei Asia.
Kejayaan itu katanya, adalah hasil kerja keras dan penyatuan setiap ahli Keluarga Malaysia dalam menempuhi pandemik Covid-19 ini bersama sebagai Keluarga Malaysia.
“Indeks pencapaian ini mengambil kira aspek pengurusan jangkitan, pelaksanaan pemberian vaksin dan mobiliti sosial.
Menurut Perdana Menteri, pelbagai cabaran dan dugaan sudah ditempuh namun semangat sebagai sebuah keluarga perlu sentiasa utuh demi mencapai kemakmuran bersama.
Katanya, walaupun Malaysia mencapai indeks yang terbaik namun kita jangan sesekali alpa dan sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat di sekeliling.