Pemuda UMNO Kota Raja sumbang kontena beku untuk Hospital Klang
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kota Raja Sheikh Weshal Sheikh Ahmad bersama NGO Pertubuhan Integrasi Nasional menghantar kontena beku buat kegunaan mengisi mayat-mayat pesakit covid di Hospital Klang.
“Saya mengambil inisiatif ini setelah melihat pusat simpanan mayat pesakit covid di Hospital berkenaan yang semakin kekurangan ruang bagi mengisi mayat-mayat pesakit covid dan setelah melihat sendiri apa yang sedang terjadi malam tadi.
“Bagi tidak memanjangkan hal tersebut, tanpa berfikir panjang, saya terus mendapatkan kontena sejuk beku yang boleh memuatkan hampir 100 mayat dalam satu-satu masa dan menghantarnya ke bahagian kecemasan,” kata Sheik Weshal.
Tambahnya lagi, beliau tidak mahu mayat-mayat yang semakin banyak, berbau busuk.
“Oleh yang demikian, saya tergerak hati datang membantu walaupun ada sedikit salah faham bersama pihak hospital.
“Apapun, saya berterima kasih kepada pihak Pengarah Hospital Klang dan pegawai kerana sudi menerima sumbangan kami, Pemuda Kota Raja dan Selangor.
“Kami harap agar kerajaan negeri dan Malaysia dapat segera menangani kes covid terutamanya di Selangor ini dengan sebaiknya dan meminta agar dihentikan serta merta pengoperasian kilang-kilang buat sementara waktu.
“Nyawa manusia lebih berharga berbanding masalah lainnya. Tolonglah tangani isu ini dengan berkesan. Kami amat bersimpati dengan kepenatan dan tekanan yang dialami para barisan hadapan,” katanya.