NasionalNegeri

Pemuda lemas mahu selamatkan rakan

Seorang pemuda berusia 20 tahun lemas dalam usaha menyelamatkan rakannya yang dibawa arus di sebuah pantai di Pulau Pangkor semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira 3 petang itu, pemuda itu dan rakannya menjalani aktiviti riadah di Pantai Pasir Bogak sebelum menyedari seorang rakannya lemas ketika mandi.

Menurut Ketua Polis Manjung Mohamed Nordin Abdullah, rakannya berjaya menyelamatkan diri, namun pemuda itu hilang di air.

Mangsa kemudian dijumpai orang awam dalam jarak 7m dari pantai dan diberi bantuan pernafasan sebelum dibawa ke klinik kesihatan.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pulau Pangkor pada 3.45 petang,” kata Mohamed Nordin, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Seri Manjung mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – FMT – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button