MahkamahNasional

Pemuda hina Raja Perlis ditahan reman enam hari

SELEPAS tujuh jam laporan polis dibuat kerana menghina Raja Perlis akhirnya pemuda yang dikaitkan dengan kes ini berjaya ditahan. Suspek berusia 31 tahun itu ditahan di rumahnya di Tanah Merah, Kelantan pada pukul 10 malam tadi.

Polis telah membawa suspek  yang bekerja sendiri ini dari Tanah Merah, Kelantan pagi tadi ke Kangar, Perlis untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Kangar.

Suspek yang diiringi polis tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 3.41 dan dilihat meninggalkan bangunan mahkamah sekitar pukul 4.01 petang.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Wari Kiew berkata, pihaknya telah mendapat perintah reman dikeluarkan oleh mahkamah bagi menahan suspek selama enam hari, bermula hari ini sehingga 28 Mac ini.

Beliau berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen Sek 4(1) Akta Hasutan / Sek 505 (c) Kanun Keseksaan (KK) / Sek 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Pada pukul 3.17 petang semalam, bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Bakri Datuk Ali membuat laporan polis berhubung tindakan suspek yang menghina Raja Perlis melalui hantaran di Facebook.

Ahmad Bakri mahu pihak polis menyiasat seorang pemuda dari Kelantan yang membuat komen di laman sosial Facebook (FB) dengan mempelekeh maruah serta memalukan Jabatan Mufti di mana ini adalah berkaitan dengan Raja Perlis.

“Saya mendapati penama akaun FB yang dikenali sebagai   “Basri Shah” ini memang sudah melampau,” katanya pada media di pekarangan Masjid Alwi, Kangar petang semalam.

Terdahulu kira-kira 30 hadir sebagai tanda membantah terhadap komen di FB itu yang disifatkan menghina Raja Perlis. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button