Rencana

Pemuda DAP tak sengaja dedah strategi tewaskan PN?

TERBACA artikel tulisan Ketua Pemuda DAP Howard Lee. Beliau mendakwa UMNO dan sekutu menggunakan ilmu perang China kuno untuk menghancurkan DAP.

Katanya, kitab perang tersebut dikenali sebagai ’36 Strategi’, yang merupakan koleksi ulasan tentang perihal ketenteraan dan peperangan.

Kitab perang itu memetik babad-babad era Negeri-Negeri Yang Berperang sekitar 475 SM-221 SM serta zaman Tiga Kerajaan sekitar 220-280 Masihi di China.

Howard hanya berkongsi enam strategi dalam kitab itu yang kononnya digunakan oleh UMNO untuk mengalahkan DAP dalam Blognya.

Bagaimanapun jika dianalisa, strategi ini juga boleh digunakan oleh musuh-musuh UMNO, Pas dan Bersatu untuk menghancurkan kerjasama itu.

Strategi 1: Menyeberang laut dengan penyembunyian niat daripada langit.

瞒- sembunyi maklumat
天- (seluruh bumi dibawah) langit
过- menyeberangi
海- laut

Bagi tujuan melemahkan pertahanan musuh, anda bertindak secara tersembunyi dan rahsia (untuk menipu manusia mahupun tuhan) sambil hidup seperti biasa.

Adakah strategi ini digunakan oleh musuh-musuh UMNO pada PRU-14, dengan bersekutu dengan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad, untuk melemah dan mengalahkan UMNO pada waktu itu?

Strategi 2: Kepung Wei untuk menyelamatkan Zhao.

围- kepung
魏- Negeri Wei
救-selamatkan
赵- negeri Zhao

Sekiranya musuh lebih kuat daripada anda, seranglah sesuatu atau seseorang yang mereka sayangi atau yang bernilai bagi mereka.

Bagi melemahkan semangat musuh, sambil mencari celah kelemahannya, anda mungkin dapat mencapai matlamat.

Adakah strategi ini telah digunakan ke atas bekas Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada PRU-14. Serang isterinya, Datin Seri Rosmah Mansoh untuk melemahkan Najib? Penulis hanya membuat andaian.

Strategi 3: Membunuh dengan pisau pinjaman.

借- Pinjam
刀-pisau
杀- bunuh
人- orang

Menggunakan kekuatan pihak lain ataupun menghasut sekutu musuh yang kecewa untuk mengkhianat musuh. Boleh juga membakar kemarahan pihak lain yang bermusuhan dengan musuh anda untuk bertindak tanpa anda melibatkan diri.

Strategi ini boleh digunakan untuk menghasut UMNO, Bersatu dan Pas supaya saling membenci untuk bermusuhan, tanpa musuh sebenar melibatkan diri.

Strategi 4: Huru-harakan musuh sambil menjimat tenaga diri.

以-menggunakan
逸- surut/undur
待-tunggu
劳- ganjaran/ hasil usaha

Mengetahui dan merancang pertempuran yang sebenarnya signifikan sambil tidak membazir sumber dan tenaga dengan serangan yang tidak bermakna. Mendorong musuh untuk bertempur yakni membazirkan tenaga sia-sia sambil anda menjimat tenaga. Apabila musuh keletihan dan ketandusan sumber, barulah anda menyerang habis-habisan .

Ah, strategi ini juga boleh digunakan terhadap UMNO, Bersatu dan Pas. Mereka boleh ‘berperang sesama sendiri’ pada masa yang sama pihak musuh boleh menjimatkan tenaga sehingga UMNO, Bersatu, Pas penat dan kalah.

Strategi 5: Merompak pada ketika rumah kebakaran.

趁-ambil kesempatan
火- kebakaran
打劫- merompak

Mengambil kesempatan untuk menyerang ketika musuh berhadapan dengan masalah, biarpun konflik dalaman mahupun serangan daripada pihak lain.

Ketika ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhadapan dengan masalah dalaman Perikatan Nasional. Ia adalah masa yang sesuai untuk pihak musuh menyerang Muhyiddin, kerana pada waktu yang sama kelihatannya Bersatu dan UMNO juga sedang berkonfik.

Strategi 6: Bunyikan gendang perang di timur, serang dari barat.

声-bunyi
东-timor
击- serang
西-barat

Elemen kejutan dalam sesuatu pertempuran amat bernilai. Berikan gambaran bahawa serangan datang dari tempat yang lain dengan tipu daya supaya musuh melencongkan tumpuan tenaga pertahanan ke satu hala. Ini membuka ruang dan celah kelemahan di bahagian ekor, dan serang yang benar akan dilancarkan dari belakang secara mengejut.

Strategi terakhir ini penulis tidak dapat fikirkan bagaimana boleh digunakan terhadap UMNO, Bersatu dan Pas. Sebab mereka belum benar-benar bertempur secara nyata. Mungkin Howard atau pembaca boleh menolong.

Harap-harap Howard dapat berkongsi strategi yang lain dalam kitab ’36 Strategi’. Seronok juga membacanya.

Artikel Howard Lee boleh dibaca di Blognya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button