Pemuda bakar diri sendiri kerana stres, masalah kewangan
KERANA stres dan mengalami masalah kewangan seorang pemuda membakar diri sendiri hingga maut dalam kejadian di sebuah rumah sewa di Peridi, Pondok Aren, Tangerang, Jakarta.
Iskandar Hasugian yang sudah berkeluarga bertindak demikian dengan menyiram dirinya dengan petrol.
Menurut polis, mangsa berbuat demikian kerana tekanan hidup dan berhadapan dengan masalah kewangan.
“Mangsa menghadapi depresi dan tekanan hidup.
“Maklumat daripada tetangga adalah disebabkan faktor kewangan,” kata polis.
Mangsa menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan menuju hospital.
Saksi mengatakan, Iskandar membakar dirinya sendiri sekira pukul 11 pagi waktu Indinesia Barat pada Khamis.
Dia bertindak sendiri di lokasi hanya sekira 10 meter dari rumah sewanya.
Mulanya Iskandar membeli petrol dari kios yang berada di sebelah rumahnya.
Setelah itu ia berjalan dan terus melakukan aksi bakar diri. – Tribunnews.com