NasionalNegeri

Pemimpin perlu mahir berkomunikasi – Raja Muda Perlis

KEMAHIRAN berkomunikasi akan membolehkan seseorang pemimpin itu mampu untuk berdamping dengan lebih berkesan dengan orang ramai yang berbeza dari segi personaliti serta dari pelbagai bidang kerjaya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan bantuan MAIPs kepada salah seorang asnaf pada Majlis Penyerahan Agihan Zakat MAIPs di Masjid Al-Hidayah, Titi Beratap, Behor Mali, Simpang Empat, Perlis.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, malah pemimpin ini akan boleh berimprovisasi dengan setiap orang untuk mencapai kata sepakat, bebas tekanan dan mewujudkan suasana menyenangkan selain berkebolehan dalam menyampaikan maklumat dengan lebih jelas dan mudah supaya orang bawahan memahami sepenuhnya bagi melaksanakan arahan.

Baginda bertitah, pemimpin yang baik juga seorang pemikir strategik dan itulah ‘kunci’ kejayaan mereka dalam kerjaya dan kehidupan, serta menyumbang kepada imej pemimpin yang hebat.

Titah Baginda lagi, melalui pemikiran logik, pemimpin boleh menganalisis dan membuat rancangan yang berkesan, mengatasi pesaing, dan mencapai matlamat organisasi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada Majlis Penyerahan Agihan Zakat MAIPs di Masjid Al-Hidayah, Titi Beratap, Behor Mali, Simpang Empat, Perlis.

“Sebagai seorang pemimpin yang baik, mereka perlu mengenali dan sentiasa menganalisis keadaan semasa, mengiktiraf risiko dan membuat keputusan yang paling tepat pada masanya dan secara bijaksana,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat ke Majlis Penyerahan Agihan Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al-Hidayah, Titi Beratap, Behor Mali, Simpang Empat, Perlis.

Raja Muda yang juga Yang DiPertua MAIPs berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM700 setiap seorang kepada 70 asnaf terpilih dari Kariah Titi Beratap dan 70 penerima lagi dari Kariah Binjal yang kesemuanya berjumlah RM98,000.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat menyantuni asnaf pada Majlis Penyerahan Agihan Zakat MAIPs di Masjid Al-Hidayah, Titi Beratap, Behor Mali, Simpang Empat, Perlis.

Antara aktiviti lain dilaksanakan sempena majlis ini termasuklah program saringan kesihatan secara percuma oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis dan ceramah Bangun Jiwa Asaf dari pihak MAIPs serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis. – SM

BACA Pastikan kemudahan awam di Perlis sentiasa bersih, selamat, cantik – Raja Muda

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button