Pemimpin parti tahu saya jumpa PM, kata ADUN DAP
AHLI Dewan Udangan Negeri (ADUN) DAP Johor Sheikh Umar Bagharib Ali mengesahkan gambar beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin adalah tulen.
ADUN Paloh itu menegaskan, pucuk pimpinan tertinggi DAP mengetahui perjumpaan beliau dengan Muhyiddin itu.
Menurutnya, pertemuan itu berlangsung atas undangan Perdana Menteri sendiri dan gambar beliau bersama Muhyiddin itu diambil pada 15 Jun lalu.
“Merujuk https://m.malaysiakini.com/news/531758…, pertemuan antara saya dengan YAB Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah benar. Pertemuan berlaku pada petang 15 Jun 2020 di bangunan Perdana Putra.
“Pertemuan tersebut adalah atas undangan YAB PM. Sebagai ahli DAP, pertemuan saya dengan YAB PM adalah dalam pengetahuan pimpinan parti,” kata ADUN Paloh itu.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang menolak sebarang kemungkinan pertemuan Sheikh Omar dengan Perdana Menteri disebabkan Adun Paloh itu mahu melompat parti.
Mazlan berkata, sekiranya benar ADUN Palon itu mahu melompat parti, Sheikh Omar pasti akan mengunjungi beliau terlebih dahulu..
“Takkanlah kerana dia datang jumpa Muhyiddin dia nak masuk Bersatu? Tak adalah. Kita pun tak tahu cerita apa. Tak mungkinlah. Setakat jumpa, saya pun jumpa geng DAP.
“Kalau ada mesti Sheikh Omar jumpa saya. Tak ada asaslah. Jumpa cakap helo apa salahnya?” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, Sheikh Omar membalas soalan tersebut dengan tweet berbunyi, “Mana tahu DAP yang akan tambah kerusi nanti…” -SM