Politik

Pemimpin DAP sahkan tidak dipanggil ke Istana Negara

Pemimpin DAP Ong Kian Ming mengesahkan beliau dan rakan-rakan pemimpin parti berkenaan tidak dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyembahkan jumlah sokongan yang cukup bagi membentuk kerajaan baharu.

Hantaran ke Twitter Kian Ming memperjelaskan teka-teki apakah pembangkang turut dipanggil untuk menyembahkan jumlah sokongan.

Kian Ming salah seorang pemimpin DAP yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya dibentuk kerajaan rentas parti bagi menstabilkan keadaan politik negara.

Beliau bagaimanapun terpaksa mengalah apabila menjadi mangsa kecaman hebat penyokongnya sendiri kerana pendirian tersebut.

Muhyiddin sebelum meletakkan jawatan perdana menteri tempoh hari mencadangkan agar dibentuk kerajaan rentas parti, tetapi telah ditolak oleh pelbagai pihak terutama pembangkang.

Setakat ini hanya 114 ahli parlimen dari pihak kerajaan yang dipanggil untuk hadir ke Istana Negara pagi ini bagi mengemukakan surat akuan bersumpah menyokong calon perdana menteri untuk diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan setakat ini pihak kerajaan hanya membawa satu nama iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button