Politik

Najib syorkan kerajaan baharu laksana lockdown seperti India dan Indonesia

Datuk Seri Najib Tun Razak menyarakan kerajaan baharu yang dibentuk kelak supaya melaksanakan lockdown sebagaimana dilakukan oleh India dan Indonesia menangani penularan varian Delta Covid-19 yang lebih ganas.

Menurut Najib, menteri-menteri di India telah meletakkan jawatan dan meminta maaf di atas kegagalan, begitu juga presiden Indonesia serta para menterinya turut meminta maaf di atas kesilapan mereka.

“India buat lockdown. Kes dan kematian turun. India buka semula.

Menteri-menteri India mengaku kesilapan dan letak jawatan.

Negara jiran Indonesia dilanda varian Delta. Indonesia buat lockdown. Kes dan kematian turun. Indonesia mula buka semula.

“Presiden dan menteri-menteri Indonesia mengaku kesilapan dan minta maaf.

Kes dan kematian Covid Malaysia pula semakin naik dan tetap tinggi semakin lama kita laksanakan lockdown.

“Sehingga kes aktif Covid Malaysia cecah suku juta pesakit semalam.

Jadi, pengerusi baru MKN dalam kerajaan baharu perlu cari sebab dan perbezaan kenapa lockdown kita gagal dan kenapa negara-negara lain mampu berjaya walaupun menghadapi cabaran yang sama.

Jangan kekalkan dan pandang sahaja pendekatan lama yang tidak berhasil secara berpanjangan,” katanya.

Najib turut melontarkan soalan adakah kita perlu buat lockdown amat ketat bersama bantuan wajar untuk 7 hari hingga 10 hari bagi negeri-negeri yang masih lapor kes tinggi dengan kadar vaksinasi rendah ataupun melakukan saringan besar-besaran secara percuma mengikut daerah?

“Kena perbetulkan sebab Rakyat sudah dikurung 100 hari sejak PKP 3.0 bermula – bersamaan dengan 3 bulan 8 hari.

“Bukan satu tempoh yang pendek atau adil untuk halang Rakyat mencari rezeki,” katanya.

(Visited 1,377 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button